[Laman Utama]..[Koleksi Soalan BM]..[Bahan P&P BM]..[Link Akhbar Harian]..[Bank Soalan PMR]..[Bank Soalan SPM]

01 October 2009

KATA SENDI NAMA

.
.
1. MAKSUD:
Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.
.
2. CONTOH SENDI NAMA:
______________________________________________________
........Kata sendi................... Fungsi atau kegunaan
______________________________________________________
...............Di..................................... [tempat / arah]
...............Ke.............................. [tempat / arah / masa]
..............Dari............................ [tempat / arah / masa]
..........Daripada..........[manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
..............Pada.................. [tempat / masa / benda / perkara]
...........Kepada ..[manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
..............Demi........................................ [tujuan]
.............Untuk...................... [tujuan / kepada / bahagian]
..............Bagi.......................................... [tujuan]
______________________________________________________
.
3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA:
.
i. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’. (‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)
Salah:
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
Betul:
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya.
.
ii. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’. (‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)
Salah:
-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)
Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.
.
iii. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)
Salah:
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.
Betul:
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.
.
iv. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.
Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)
Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.
.
v. ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)
Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)
Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)
.
vi. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.
Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
.
vii. ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.
Salah:
-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)
-Di mesyuarat itu, mereka membantah caItalicdangan saya. (perkara)
Betul:
-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)
-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)
.
viii. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.
Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.
.
ix. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.
Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberi susu pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan. (pembahagian)
Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan. (pembahagian)
.
x. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)
Salah:
-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.
.
xi. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.
Salah:
-Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke hari dia membesar.
-daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.
Betul:
-Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke sehari dia membesar.
-dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-dari hari ke hari dia membesar.
.
xi. ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.
Salah:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dan saya.
-Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.
Betul:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya.
-Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum.
.
xii. Perbezaan penggunaan perkataan "atas", "di atas" dan "ke atas".
a) "atas" digunakan jika menunjukkan maksud "sebab" atau "kerana":
Contoh:
-Terima kasih atas undangan anda itu.
-Kami begitu bangga atas kejayaan anda.
-Dia sedih atas kegagalan pasukan bola sepak kita dalam pertandingan itu.
.
b) "di atas" menunjukkan "kedudukan sesuatu" atau "tempat":
Contoh:
-Monyet itu sedang bergayut di atas pokok.
-Buku itu terletak di atas meja guru.
-Rumah besar tersebut dibina di atas puncak bukit.
.
C) "ke atas" menunjukkan "kepada" atau "untuk":
Contoh:
-Hakim menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu.
-Hukuman rotan akan dikenakan ke atas pelajar yang tidak berdisiplin.
.
LATIHAN 1:
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang diberi di bawah betul atau salah.
1. Melaka dijajah Portugis di abad yang ke-4. (...............)
2. Surat tawaran kontrak itu masih ada pada pengarah itu. (...............)
3. Roti canai diperbuat dari tepung gandum yang diuli. (...............)
4. Pencuri itu masuk daripada belakang bangunan itu. (...............)
5. Sajak itu akan dinilai daripada segi keindahan bahasanya. (...............)
6. Rumah Ramlah terletak di antara surau dan kedai dobi. (...............)
7. Dia marah atas kelakuan adiknya yang keanak-anakan itu. (...............)
8. Peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa. (...............)
9. Tindakan tegas akan diambil atas pemandu yang cuai di jalan raya. (...............)
10. Samad menyandarkan basikalnya kepada tiang rumah itu. (...............)
.
LATIHAN 2:
Betulkan semula kesalahan ayat yang diberi di bawah.
1. Di malam itu, hujan turun dengan lebat disertai ribut kencang.
.................................................................................................................................
.
2. Sajak itu kami ambil dari sebuah buku sastera lama di perpustakaan.
.................................................................................................................................
.
3. Kek itu kami potong pada tiga bahagian untuk diberi pada semua pelajar.
.................................................................................................................................
.
4. Harga petrol meningkat pada RM2.05 seliter mulai bulan September.
.................................................................................................................................
.
5. Melaka terletak antara Johor dan Negeri Sembilan.
.................................................................................................................................
.
6. Daripada hari ke sehari, rumah Pak Bakar semakin usang.
.................................................................................................................................
.
7. Ah Chun memberi ubat pada anjingnya yang sedang sakit.
.................................................................................................................................
.
8. Dia masih belum tiba di rumah walaupun malam sudah terlalu lewat.
.................................................................................................................................
.

1 comment: