Soalan: Jelaskan faedah membaca novel berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
1. Mengandungi pelbagai nilai murni dan pengajaran:
- Dapat menanam semangat cinta akan tanah air dalam mempertahankan kedaulatan negara yang ditonjolkan melalui watak Othman.
- Semangat ini wajar diteladani oleh para pembaca.
2. Menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara/ sejarah negara:
- Novel Bukit Kepong mengutarakan peristiwa bersejarah seperti darurat dan ancaman komunis yang pernah berlaku di negara kita.
- Antaranya, tindakan komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Mereka membunuh sebahagian besar anggota polis dan membakar rumah pasung.
- Pembaca dapat menambahkan pengetahuannya dalam bidang sejarah.
3. Mempelajari gaya bahasa yang menarik dan berkesan.
- Pengarang menggunakan pelbagai kata termasuk kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Arab . Pembaca dapat memperkayakan pengetahuan kosa katanya.
- Pengarang juga menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa seperti simile, hiperbola, personifikasi , dan peribahasa.
4. Mempelajari teknik-teknik mengarang novel.
- Pembaca yang berminat menjadi novelis dapat mempelajari teknik -teknik mengarang dengan lebih baik secara tidak langsung.
- Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali dan saspens untuk mengembangkan plot. Unsur tersebut dapat menarik minat pembaca untuk membacanya hingga selesai.
.
No comments:
Post a Comment