A. Nilai:
1. Berani: Othman Yusof berani menghadapi ancaman pengganas komunis walaupun bilangan anggota polis sangat terhad.
2. Kasih sayang: Othman Yusof menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya yang mengalami penyakit mental dengan sentiasa menziarahinya semasa di hospital.
3. Semangat kerjasama: Orang-orang kampung dan pihak polis bekerjasama mengadakan kawalan untuk menjaga kampung daripada ancaman komunis.
4. Kesabaran: Othman sabar menghadapi dugaan sehingga kakinya terpaksa dipotong akibat kecederaan.
5. Bertanggungjawab: Othman merupakan suami yang bertanggungjawab kerana mengambil berat akan isterinya yang tidak pulang-pulang akibat bas yang dinaiki oleh Limah setelah diserang oleh pihak pengganas semasa pulang dari Muar.
B. Pengajaran:
NOTA 1:
1. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman: Othman Yusof dan anggota -anggota polis Bukit Kepong berani mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas walaupun nyawa mereka dalam bahaya.
2. Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama demi kesejahteraan: Orang kampung dan pihak polis Bukit Kepong menjalinkan kerjasama untuk mengawal kampung daripada ancaman komunis.
3. Kita hendaklah sentiasa bersabar alam menempuh kehidupan yang mencabar: Othman Yusof sentiasa sabar dalam menempuh dugaan demi dugaan seperti isterinya yang mengalami masalah mental.
4. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan: Othman akur dengan arahan supaya berpindah ke Bukit Kepong yang diancam oleh komunis.
NOTA 2:
1. Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi.
Anggota polis serta warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan dengan bilangan musuh yang berlipat ganda banyaknya.
2. Kita haruslah bersifat setiakawan.
Keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan kemenangan komunis. Malah, pihak komunis juga gagal memproleh kemenangan mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut yang tercedera dan terkorban.
3. Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan Negara.
Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong halamannya dan berhijrah ke Pagoh dan seterusnya ke Bukit Kepong demi berkhidmat untuk negara.
4. Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan peribadi. Perbuatan Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada pengganas komunis semata-semata untuk memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral.
5. Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita
Warga Bukit Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan kepentingan peribadi.
.
THANK YOU
ReplyDelete