Bab 1 : Darurat, 1948
..........Pengganas komunis mula mengganas apabila kerajaan mengharamkan kegiatan mereka. Pengharaman membantutkan usaha mereka untuk menguasai Tanah Melayu. Pengganas komunis sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan hajat mereka tercapai. Ini menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Di sebuah kampung yang bernama Kampung Keladi, Kulim, Kedah, kegiatan pengganas ini begitu merisaukan para penduduk. Salah seorang daripada mereka, pasangan suami isteri, Pak Yusof dan Mak Piah begitu bimbang untuk pergi menoreh getah kerana pengganas berkeliaran di kebun mereka. Keadaan ini menyebabkan anak lelaki mereka, Othman begitu benci terhadap pengganas komunis, lalu bertekad mahu menyertai pasukan keselamatan.
..........Suatu hari tanpa pengetahuan keluarga, Othman bersama dua rakannya telah pergi ke Sungai Petani untuk menghadiri temuduga bai pengambilan pasukan polis. Hasil dari temuduga tersebut, Othman telah berjaya untuk menyertai latihan polis. Namun begitu, emaknya menangis apabila mengetahui berita tersebut kerana bimbang sesuatu perkara buruk akan menimpa Othman. Manakala ayahnya menyokong tidak, menghalang juga tidak.
..........Sebelum Othman berangkat ke Polis Depoh Kuala Lumpur untuk menyertai latihan kepolisan, keluarganya telah menunangkan Othman dengan anak Lebai Karim dan Mak Jah. Othman tidak membantah kerana dirasakan, Limah, bakal isterinya itu sesuai dengan dirinya. Sepanjang latihan selama enam bulan, Othman melaluinya dengan tabah; tidak seperti rakannya yang terpaksa menarik diri kerana tidak tahan dengan corak latihan yang dianggap “keras”. Kemudian, Othman ditugaskan berkhidmat di Pagoh, Johor. Sebelum pergi bertugas, dia dikahwinkan dan isterinya itu dibawa ke tempatnya bertugas.
Bab 2 : Bulan Madu
..........Pada suatu hari setelah tinggal di Pagoh selama tujuh bulan, Limah meminta izin daripada suaminya untuk ke Bandar Muar bersama teman-temannya. Mereka pergi menaiki bas. Itulah pertama kali Limah ke bandar Muar. Setelah puas membeli-belah, mereka menaiki bas terakhir untuk pulang kira-kira jam 4.00 petang. Kira-kira enam hingga tujuh kilometer bas bergerak, segerombolan pengganas komunis menahan bas yang Limah naiki. Pemandu bas diseksa, semua penumpang diarahkan turun, dan segala barang diminta diserahkan kepada pengganas komunis. Seterusnya, pengganas meminta mereka menanggalkan pakaian, sebelum bas itu dibakar.
..........Dalam keadaan memalukan itu, penumpang tertua iaitu Wak Karjo mengajak mereka berjalan kaki ke Kampung Raja tidak jauh dari situ. Tiba di pinggir kampong, Wak Karjo meminta bantuan orang kampung. Ketua kampung itu, Haji Karno meminta penduduk kampung mendermakan pakaian untuk diserahkan kepada mangsa.
..........Sementara itu, Othman dan rakan-rakannya di rumah pasung berasa gelisah kerana bas yang sepatutnya tiba tidak juga muncul-muncul. Dia bergegas ke rumah Mahat. Leha yang pergi bersama Limah juga belum pulang. Othman begitu terperanjat apabila diberitahu oleh Mahat bahawa bas di Muar dibakar oleh komunis. Othman mengajak Mahat pergi ke tempat kejadian. Mereka berjalan mengikut jalan pintas menuju Kampung Raja. Tekaan mereka tepat apabila mereka mendapati isteri masing-masing dalam keadaan selamat.
Bab 3 : Bukit Kepong, 1948
..........Pada bulan Januari 1949, Rumah Pasung Bukit Kepong oleh polis. Hal ini telah memberi peluang kepada pengganas komunis untuk bergerak bebas serta bergiat dengan lebih aktif di kawasan tersebut. Pengganas komunis ini telah melatih ramai pemuda Bukit Kepong dan Kampung Seraya untuk dijadikan rekrut mereka. Menjelang bulan Jun pula, segerombolan pengganas komunis telah masuk ke Bukit Kepong. Penduduk kampung telah dikumpulkan di sebuah padang. Ketua komunis tersebut, iaitu Lektuan telah memberikan ucapan untuk mengajak penduduk kampung menyertai pergerakan mereka. Mereka seterusnya menurunkan bendera Johor dan menaikkan bendera komunis.
..........Penghulu Ali Msutafa mendapat perkhabaran tersebut dan bergegas ke Bukit Kepong. Beliau mengumpulkan penduduk kampung dan menyeru mereka agar menolak sebarang dakyah daripada pihak komunis, sebaliknya membantu kerajaan menjaga keamanan. Kemudian, Penghulu Ali meminta mereka menurunkan bendera komunis dan menaikkan semula bendera Johor. Penghulu Ali kemudian bertemu dengan pihak berkuasa agar Rumah Pasung Bukit Kepong dipulihkan kembali untuk mengekang pergerakan komunis. Pemerintah menerima cadangan tersebut, lalu dua minggu kemudian seramai 15 anggota polis dari pelbagai pangkat diarah berkhidmat di Bukit Kepong.
..........Madera, ketua pengganas komunis dari kalangan orang Melayu, telah menemui Penghulu Ali agar menyokong kegiatan pengganas komunis menentang kerajaan. Madera berasa kecewa apabila permintaan yang dikemukakannya ditolak oleh Penghulu Ali. Dalam kejadian yang lain, pada suatu hari, ketika Aziz Tompok, Harun Nuik, dan Saibun ke pecan Bukit Kepong untuk mengutip wang jualan rotan, tiba-tiba mereka telah disekat oelh orang-orang Tucksai. Mereka telah diarahkan pulang tetapi Saibun dan Aziz melawan dan telah berjaya membunuh dua daripada mereka. Kejadian tersebut memberi alasan untuk pihak polis mengetetatkan kawalan.
..........Kejadian tersebut membuatkan pengganas komunis berasa amat marah dan berazam untuk membalas dendam. Suatu malam, Wangli dan Tucksai membawa 10 orang rakannya menuju ke Kampung Belatak. Mereka mengepung rumah Saibun. Mereka telah membunuh mentua, isteri, dan anak-anak Saibun dan kemudiannya rumah itu dibakar.Dua orang rakan Saibun cuba menentang musuh tetapi tidak berjaya. Ketika kejadian tersebut berlaku, Saibun tiada di rumah. Setibanya Penghulu Ali dan pasukan polis ke tempat tersebut, pengganas komunis telah melarikan diri.
Bab 4 : Kegiatan
..........Kegiatan keganasan berlaku setiap hari, terutama di daerah Muar dan Labis. Suasana menjadi semakin tegang. Pergerakan orang ramai semakin terhad apabila sesetengah kawasan dikuatkuasakan perintah berkurung. Lamfong, ketua pengganas komunis di kawasan Muar, dibantu oleh Lausan, telah mengetuai gerombolan menyerang Pekan Simpang. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang menentang aktiviti mereka dan akan merampas segala barang makanan bagi disimpan di hutan Pagoh. Pada keesokan harinya pula mereka menyerang Ladang Getah Palaniapa dan membunuh para pekerja yang menentang mereka. Kemudian, mereka membakar semua rumah dan bangunan yang ada. Beberapa hari kemudian, Lamfong dan pembantunya Ahsai pergi ke rumah seorang tauke lading getah berbangsa Cina. Tauke Cina itu enggan bekerjasama dan dibunuh di hadapan para pekerjanya.
..........Suatu hari, ketika Lans Koperal Jidin dan Othman menjalankan tugas sekatan jalan, mereka menahan basikal yang dinaiki Ahlam yang membawa dua tin besar makanan. Ahlam tidak memberitahu ke mana bekalan itu hendak dibawa. Setelah memeriksa bekalan yang dibawa, didapati kedua-dua tin tersebut mengandungi bekalan ubat-ubatan dan makanan. Ahlam ditahan untuk siasatan rapi.
..........Pasukan pengganas yang diketuai oleh Chanfei dan 60 orang anggota menjalankan tugas di pinggir hutan Labis bercadang untuk menyerang Rumah Pasung Labis. Dalam waktu yang sama, pada Januari 1950, pasukan penggempur polis dengan dibantu jungle squad menuju sasaran pengganas yang diketuai oleh Chanfei. Mereka bergarak secara combat dari tiga penjuru yang diketuai oleh Inspektor Majid, Inspektor Chin, dan Leftenan Brown. Malangnya pergerakan mereka tidak membuahkan sebarang hasil apabila sudah dihidu terlebih dahulu oleh pihak musuh. Maka terjadilah pertempuran sengit. Ketua pengganas dan sebahagian daripada ahlinya berjaya melarikan diri. Manakala seramai 23 pengganas berjaya dibunuh dan 17 orang lagi ditawan. Sebanyak 14 laras senjata dan beberapa butir bom turut dirampas.
Bab 5 : Pertukaran
..........Peristiwa pertempuran yang berlaku di Labis menyebabkan pasukan keselamatan menambah anggota di beberapa buah rumah pasung. Lans Koperal Jidin Omar, Othman Yusof, Yusof Rono, EPC khalid, dan EPC Mohd Top Lazim telah diarahkan bertukar ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Disebabkan kekurangan rumah keluarga, Othman telah menghantar isterinya yang sarat mengandung pulang ke Kulim. Othman bersama-sama Latif menaiki jip hingga ke Rumah Pasung Lingga. Dari situ, mereka menaiki bot marin menuju ke Bukit Kepong. Perjalanan menaiki bot memakan masa dua jam.
..........Pada 11 Februari 1950, Madera dan Tucksai telah diarahkan oleh Chanfei untuk merisik kedudukan Rumah Pasung Bukit Kepong. Mereka menanda beberapa kawasan. Othman bersama rakannya yang meronda beberapa kawasan kampung telah menemui beberapa perkara aneh, antatranya buluh yang dipancang di beberapa tempat dan sebatang cangkul yang ditanam. Anggota polis yang lain juga turut terperasan apabila seorang pemuda Cina duduk berjam-jam lamanya di sebuah gerai sambil merenung Rumah Pasung Bukit Kepong. Malah terdapat seorang pemuda lain dating menjual pisang ke kampung dan berkumpul di berhala Cina. Namun, kejadian aneh yang berlaku itu tidak sedikit pun menimbulkan rasa syak akan sesuatu kemungkinan buruk, apatah lagi beberapa hari lagi akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina.
No comments:
Post a Comment