[Laman Utama]..[Koleksi Soalan BM]..[Bahan P&P BM]..[Link Akhbar Harian]..[Bank Soalan PMR]..[Bank Soalan SPM]

19 November 2009

SINOPSIS NOVEL PAPA (BAB 1 HINGGA 5)

.
.

Bab 1:
Ju berbual dengan Mak Cik Noraini yang sedang mengoreng karipap di ruang dapur. Tiba-tiba dia terlihat ibunya, Lia dan bapanya Jeffri yang sedang berada di kebun kecil berhampiran rumah mereka. Sambil memetik kacang panjang, Jeffri meminta Lia supaya memasak sayur itu dan bukan orang gaji mereka, mak Cik Noraini. Baginya masakan Lia adalah yang paling sedap. Jagung yang mereka tanam pula masih muda dan Jeffri juga mahu supaya Lia memasaknya apabila sudah boleh dipetik nanti. Hubungan yang terlalu mesra antara suami isteri itu kurang disenangi oleh Ju dengan alasan Ju telah dewasa dan sepatutnya mereka berdua tidak berbuat demikian. Mak Cik Noraini mengatakan bahawa kemesraan ibu bapa Ju itu adalah disebabkan mereka berdua terlalu saling menyayangi.

Bab 2:
Dua minggu kemudian, Ju balik dari sekolah dengan menaiki bas kerana ibunya Cikgu Intan Maliana dijemput oleh bapanya disebabkan Lia pening dan tidak sedap badan. Petang itu, Ju ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini kerana ibu bapanya ke hospital. Semasa membuat kerja sekolah Ju terkenang hubungan kasih sayang antara ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya. Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung, Ju masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya. Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan Ju yang suka berangan.

Menurut Mak Cik Noraini, bapanya pernah mencintai seorang bakal dotor tetapi hubungan cinta itu putus. Bapanya juga pernah mencintai seorang doktor tetapi hubungan mereka juga putus kerana doktor tersebut sudah menjadi tunangan orang. Akhirnya bapa Ju menemui ibunya, Lia sehingga cinta mereka semakin erat.

Ibu dan bapanya balik dari hospital dengan girang. Apabila diberitahu bahawa Lia mengandung, Ju berasa amat gembira kerana akan mendapat seoranmg adik. Walau bagaimanapun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu kerana Lia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa mengandung kali pertama dahulu. Jeffri memberitahu Mak Cik Noraini bahawa semua yang telah dan akan berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Bab 3:
Suatu hari Ju pulang lewat dan terdengar perbualan antara ibunya, Lia dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini yang bimbang Lia sedang mengandung menyarankan supaya Lia menggugurkan kandungannya. Hal ini disebabkan Lia pernah tidak sedarkan diri akibat tumpah darah semasa melahirkan Ju. Anak yang dilahirkannya pula terlalu kecil, menghidap demam kuning serta sukar dijaga kerana alah pada susu tepung. Lia menegaskan beliau tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan itu adalah permintaan Jeffri. Dia amat menyayangi Jeffri dan sanggup berkorban untuk suami yang amat disayanginya.

Ju mengajak bapanya untuk bermain tenis di Kelana Jaya tetapi Jeff menolak dengan alasan terlalu penat. Ju memberitahu bahawa dia akan mengajak ibunya bermain tenis jika bapanya enggan. Jeff tidak membenarkannya kerana Lia sedang mengandung. Akhirnya dia mengalah dan petang itu dia bermain tenis bersama Ju. Semasa bermain tenis, Ju terkenangkan kehebatan bapanya dalam sukan itu sehingga beliau digilai oleh ramai gadis. Ibunya juga pernah bercerita bahawa ayahnya selalu ditegur oleh gadis walaupun pada waktu itu ibunya ada di sisi. Semasa mengelamun, muka Ju terkena bola yang dipukul oleh bapanya.

Seorang gadis menegur bapanya lalu berbual. Ju berasa tidak senang dan akhirnya Jeff memperkenalkan gadis itu iaitu Aisyah (pelajar kolejnya) kepada Ju. Akhirnya mereka bertiga minum di sebuah kedai. Ju berasa kurang senang apabila ayahnya berbual dengan Aisyah. Akhirnya ju bangun dan mengajak bapanya balik. Dalam perjalanan, apabila ditanya oleh Ju, Jeff menceritakan bahawa Aisyah tinggal di Jalan SS 7/5, Kelana Jaya. Ju bimbang jika ayahnya terpikat dengan gadis cantik yang baru dikenalinya itu.



Bab 4:
Ju turun menemui ibunya yang sedang menunggu di luar kereta dengan agak lewat. Dia menceritakan kelewatan itu disebabkan ada rakannya yang meminjam nota geografinya kerana notanya lebih lengkap. Lia yang mengajar di sekolah yang sama untuk Tingkatan 1 hingga 3, memarahi Ju kerana meminjamkan buku itu sedangkan rakannya juga belajar seperti Ju. Lia meminta Ju duduk di kerusi belakang kereta kerana rakannya, Cikgu Suzie hendak menumpang kereta ibunya ke bengkel tempat dia membetulkan keretanya yang rosak.

Dalam perjalanan, Suzie menasihati Lia supaya memikirkan dirinya yang sedang mengandung. Suzie bimbang kerana semasa melahirkan anak pertama, lia pernah pengsan dan bayinya pula hampir maut kerana menghidap demam kuning. Lia memberitahu bahawa melahirkan anak itu bukan sesuatu yang memudaratkan malah dia sanggup berkorban untuk suaminya yang tersayang yang inginkan anak itu. Apabila terus diasak oleh Suzie, Lia agak berang dan sebelum turun di bengkel, Lia memberitahu bahawa dia amat menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak tahu akan nilai kasih sayang itu kerana dia belum berkahwin.

Bab 5:
Empat bulan lagi Lia akan melahirkan kandungannya. Semasa di kebun kecilnya, Lia memberitahu jeffri bahawa dia berasa bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan berlaku semasa dia melahirkan kandungannya nanti. Jeffri menenangkan isterinya dan berharap Lia akan tabah dan menerima ketentuan daripada Tuhan. Lia menyatakan dia sedikit bimbang tetapi tidak pernah menyesali perbuatannya yang ingin memenuhi kehendak suaminya yang amat disayangi. Jeff memujuk isterinya lalu memeluk dan mencium bibirnya.

Perbuatan mereka dilihat oleh Ju dengan rasa yang kurang senang. Dia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa ibu bapanya tidak sepatutnya berbuat begitu kerana dia (Ju) telah dewasa. Ju bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan dirinya semasa dilahirkan. Menurut Mak Cik Noraini, saiz Ju hanya sebesar anak kucing dan sering pula menangis dan sukar untuk dijaga. Ju minum susu ibunya yang diperah oleh seorang doktor perempuan. Kesukaran membesarkan Ju itulah yang menyebabkan Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri.

Disediakan oleh,
Panitia BM
SMK Seri Mutiara, Kuala Lumpur.
.

20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bab 3
    Ju menegaskan beliau tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan itu adalah permintaan Jeffri. Dia amat menyayangi Jeffri dan sanggup berkorban untuk suami yang amat disayanginya.

    Ju!!?

    ReplyDelete
  3. cerita ni macam pernah dengar je!

    ReplyDelete
  4. Fuh nasib baik ada ini. Boleh beta siapkan homework cikgu Midyawati.

    ReplyDelete
  5. fulamak . thank youuu ! ini amat membantu di saat genting . (:

    ReplyDelete
  6. hye.. pljar asis copy ae.. n thx... memdhkn sye buat hw.. kerana sye org johor.. nk beli buku rujukn nie xd jual.,

    ReplyDelete
  7. woahhhhhhh :) sgt membantu . terima kasih :D

    ReplyDelete
  8. Oh thank you for posting this thing . it really makes my work easier again thank you !

    ReplyDelete
  9. terima kasih ye..memang sgt membantu.. :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. HAHA ! ., pueh cari ., jumpo akhir erhhh :D

    ReplyDelete