.
Bab 6:
Di tempat kerja Jeffri, pelajarnya bernama Aisyah sering berjumpa dan bertanya pelajaran daripada Jeffri serta menumpang Jeffri untuk pulang ke rumahnya di Kelana Jaya. Dia juga pernah mengajak Jeffri minum tetapi Jeffri menolaknya. Aisyah ialah anak seorang hartawan. Dalam kereta, Ju menyindir bapanya supaya berkahwin satu lagi sebagai cara untuk menduga hati bapanya. Jeffri memberitahu dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan Lia yang dicintainya. Dia juga berseloroh tidak mahu tidur di luar rumah kerana Lia marah apabila dia berkahwin lagi.
Bab 7:
Ju telah masuk ke tingkatan lima dan saat ibunya melahirkan anak kedua yang dijangka lelaki telahpun tiba. Jeffri sibuk membeli barang keperluan bayi. Perbuatannya itu ditegur oleh Mak Cik Noraini bahawa perbuatan membeli barang sebelum bayi dilahirkan adalah tidak baik dan boleh membawa bencana. Jeffri memberitahu bahawa segala yang bakal berlaku adalah takdir Tuhan dan bukan disebabkan perbuatannya membeli barang-barang itu.
Kira-kira pada pukul 4.00 pagi ketika sedang lena tidur, Ju dan Mak Cik Noraini dikejutkan oleh Jeffri dalam keadaan cemas kerana Lia telah sampai waktu untuk bersalin. Keadaan Lia amat membahayakan dan dia hanya mampu berdiam diri kerana kesakitan. Dalam keadaan cemas tersebut, Lia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Sebelum masuk ke wad bersalin, Lia meminta ampun kepada Jeffri dan meminta dia meredakan apa jua yang bakal berlaku. Jeffri memujuk isterinya supaya bersabar dan memberitahu bahawa tiada apa-apa perkara yang buruk bakal berlaku. Setelah itu, Jeff, Ju dan Mak Cik Noraini menunggu di luar wad bersalin itu.
Bab 8:
Pada pagi itu seorang doktor keluar dari bilik bersalin dan memberitahu Jeffri bahawa Lia menghadapi komplikasi dan perlu dibedah. Jeffri menandatangani borang persetujuan. Jeffri hanya mampu berdoa agar Lia selamat. Selepas menunggu, seorang doktor menemui Jeffri dan memberitahu bahawa Lia telah selamat melahirkan bayi kembar Siam tetapi bayinya mati dalam kandungan. Isterinya, Lia pula dalam keadaan koma. Ju dan Mak Cik Noraini menangis tetapi sebagai seorang lelaki, Jeff tidak mengalirkan air mata walaupun sangat sedih. Selepas menguruskan mayat anaknya, Jeffri membawa Ju dan Mak Cik Noraini. Melihat keadaan Lia, timbul kekesalan di hati Jeffri kerana mahukan Lia mengandungkan anak lagi.
Jeffri memberitahu perkara yang berlaku kepada rakan-rakannya di kolej serta rakan Lia di Sekolah Seri Gading. Mereka datang memberi penghormatan untuk anak Jeffri yang diberi nama Ahmad dan Muhammad sebelum dikebumikan pada pukul 2.00 petang. Mereka juga menasihati Jeffri supaya bersabar dan menguatkan imannya. Aisyah turut datang berziarah dan memberitahu bahawa perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Bab 9:
Lia masih lagi koma dan terlantar di hospital. Ju dihantar oleh bapanya ke sekolah dan meminta supaya Ju menunggunya ketika hendak balik nanti walaupun Ju memberitahu ingin menaiki bas. Sebelum meninggalkan sekolah itu, Jeff mencium pipi Ju dan memberitahu bahawa dia amat menyayangi anaknya itu. Ju sedar ayahnya sedang dalam keadaan bimbang jika ibunya, Lia akan meninggalkan mereka berdua.
Rasylan seorang pelajar baru yang berwajah Pan Asian menegurnya dan memberitahu bahawa Ju amat beruntung mempunyai ibu bapa yang penyayang. Dia menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan ibu dan bapa Ju. Di dalam kelas, Rasylan sentiasa mengerling Ju kerana meminati Ju. Semasa kelas Matematik Cikgu Suzie, Cikgu Suzie memberitahu bahawa dia ingin mengikut Ju dan ayahnya untuk melawat Lia di hospital.
Di kelas, seorang pelajar bernama Lindar mengumpat guru sejarahnya, Cikgu Raymond Brian yang tidak hadir ke sekolah hari itu dengan mengatakan bahawa Cikgu Brian menghantar kekasihnya bersalin. Perbuatan Linda ditegur oleh Ju kerana bimbang akan diketahui oleh Cikgu Brian.
Sebelum balik, Rasylan menemui Jud an mengajaknya untuk keluar bersama. Tujuannya hanyalah untuk mengenali Ju dengan lebih rapat kerana dia mendengar cerita bahawa Ju seorang pelajar yang pintar. Ju menolaknya dengan alasan dia ingin melawat ibunya di hospital
Bab 10:
Ju mengikut bapanya menaiki kereta untuk melawat ibunya. Cikgu suzie mengikut dengan keretanya di belakang. Sesampainya di hospital mereka bertiga menemui Lia yang sedang koma. Jeffri sempat bercakap dengan Lia bahawa dia datang bersama Ju dan Suzie. Jeffri juga memberitahu supaya Lia cepat sedar. Keadaan ini membuatkan hati Ju terlalu sayu.
Pada hari yang lain semasa bapanya lewat pulang kerana ada sesi kaunseling dengan pelajarnya di kolej, Ju mengulang kaji di bilik bacaan bapanya. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar ibu dan bapanya semasa baru berkahwin. Wajah ibunya sungguh manis dan bapanya pula sangat kacak. Ju juga terjumpa album bapanya yang mengandungi surat Jeffri kepada Lia. Surat itu menyebut bahawa Jeffri amat berterima kasih kepada Lia yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya. Ju turut melihat gambar bapanya mendokongnya semasa berusia 3 bulan dan gambar ketika hari jadi Ju yang pertama.
Mak Cik Noraini mengajaknya makan bersama tetapi Ju memberitahu bahawa dia ingin berehat. Mak Cik Noraini ialah sepupu bapanya. Suami dan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Johor ke Bidor manakala dia terselamat. Mak Cik Noraini diambil bekerja dengan Jeffri dan apabila Ju dilahirkan, dialah yang menjaga Ju sehingga dewasa. Akibatnya Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri.
Ju terkenangkan rakannya, Murni yang memusuhinya sejak ibunya koma dan tidak datang mengajar. Murni juga menghasut rakan-rakan lain supaya membenci Ju. Puncanya ialah Murni pernah dimarahi oleh Lia kerana tidak menyiapkan tugas yang diberinya. Rasylan memujuk Ju supaya bersabar dengan perkara yang berlaku. Ju menangis kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh ayah dan ibunya. Rasylan menjelaskan bahawa Ju masih belum matang dan pengalaman akan mengajar Ju menjadi tabah apabila dewasa kelak.
Mak Cik Noraini masuk dan mengajak Ju makan. Ju menjelaskan bahawa dia amat merindui ibunya. Mak Cik Noraini sedih dan memeluk ju. Apabila bapanya balik, bapa Ju menasihati Ju supaya tabah dan tidak mengikutkan perasaan. Jeff memberitahu anaknya itu bahawa dia lebih merindui Lia dan terasa kehilangan kawan yang paling rapat dalam hidupnya. Petang itu Ju mengajak bapanya, Jeffri untuk melawat ibunya di hospital. Jeffri memberitahu bahawa dia telah melawat ibunya kerana sesi kaunseling telah dibatalkan.
Semasa sedang makan bersama, Azizah menelefon Jeffri dan bertanyakan keadaan Lia. Keadaan ini menyebabkan Ju berasa kurang senang tetapi hanya memendamkan perasaannya.

Disediakan oleh,
Panitia BM
SMK Seri Mutiara, KL
.
Semasa sedang makan bersama, Azizah menelefon Jeffri dan bertanyakan keadaan Lia. Keadaan ini menyebabkan Ju berasa kurang senang tetapi hanya memendamkan perasaannya.
ReplyDeleteAZIZAH!!!!
Bukan Azizah. Sebenarnya Aisyah~ namanya salah.
ReplyDeletewoi tema,watak,persoalan, latar, pengajarn,nilai setiap bab.... SEMUA TIADA. BOOOOOO !!!!! dah la sikit, xbermanfaat langsung...hatttttttt tuihhhhhh !!!! esok dah kene hantar kau tahu x....
ReplyDelete