[Laman Utama]..[Koleksi Soalan BM]..[Bahan P&P BM]..[Link Akhbar Harian]..[Bank Soalan PMR]..[Bank Soalan SPM]

19 November 2009

SINOPSIS NOVEL PAPA (BAB 11 HINGGA 15)

.
.
Bab 11:
Ketika baru balik dari menduduki peperiksaan, Ju terdengar perbualan Jeffri dengan Mak Cik Noraini. Mak Cin Noraini mengesyorkan supaya Jeff berkahwin lain kerana Lia koma dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Jeffri menolak cadangan itu kerana baginya Lia tiada penggantinya di samping hendak menjaga hati Ju.

Ketika duduk di sofa, Ju dan bapanya berbual tentang peperiksaan yang telah diduduki oleh Ju. Jeff percaya anaknya akan lulus dengan cemerlang. Ju juga meminta kebenaran bapanya untuk mengikut Rasylan ke rumahnya yang terletak di Andalas, Kelang. Jeff agak keberatan kerana berasakan Ju masih terlalu mentah tentang pesangannya. Sebaliknya Jeff mencadangkan supaya Ju mengajak Rasylan datang ke rumahnya untuk berkenalan dengannya dahulu. Ju setuju dengan cadangan bapanya.

Bab 12:
Sudah 8 bulan Lia koma. Semasa Aisyah menelefon Jeff yang sedang sembahyang, Ju sempat berbual dengan Aisyah tentang keadaan ibunya. Aisyah mengajak Jeff bermain tenis tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan terlalu sibuk. Jeff mengesyorkan Aisyah bermain tenis dengan Ju.

Balik daripada menduduki peperiksaan terakhir, Ju terperanjat melihat ambulans di depan rumah. Ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih koma. Tujuan Jeff adalah supaya mereka dapat menjaga Lia dengan lebih baik dan menemani Lia dengan lebih kerap.

Aisyah datang mengajak Ju bermain tenis tetapi ditolak oleh Ju dengan alas an ingin menjaga ibunya. Jeff menasihati Ju agar tidak mungkir janji. Akhirnya Ju pergi juga. Dalam perjalanan, Ju serta Aisyah berbual tentang perancangan masa depan Ju. Aisyah menasihati Ju supaya belajar manakala tugas menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya, Jeff. Selepas bermain tenis, Ju mengikut Aisyah ke rumah Aisyah kerana Aisyah ingin mandi dan menukar pakaian. Ju sempat berkenalan dengan ibu dan bapa Aisyah yang merupakan orang kaya.

Ju dan Aisyah sampai ke rumah pada waktu malam. Ju telah dimarahi oleh bapanya kerana tidak menepati masa yang dijanjikan. Malam itu Jeff berbicara lagi dengan Lia yang masih koma tentang tujuan dia membawa Lia balik ke rumah. Dia juga berbual tentang harapannya melihat Ju Berjaya mendapat ijazah seperti yang diimpikan oleh Lia dahulu.

Bab 13:
Malam itu Jeff dan keluarganya hanya makan bubur dengan alasan agar mereka dapat merasakan kehidupan golongan yang hidup susah. Ju pula memberitahu bapanya bahawa makanan itu hanya sesuai untuk orang sakit seperti ibunya. Ju juga hairan bagaimana ibunya akan sembuh jika tidak diberi sebarang makanan. Jeff menjelaskan bahawa segala-galanya adalah bergantung kepada Tuhan. Malam itu, sekali lagi Jeff berbicara dengan Lia seolah-olah Lia dalam keadaan sedar. Ju dapat merasakan bapanya sedang menghadapi tekanan yang amat hebat tetapi kagum dengan sikap bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan mengambil berat.

Rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai anak Datuk Mustakim Bahadur. Jeffri mengungkit bahawa Jeff ialah anak angkat Datuk Mustakim dan sebelum itu telah menjadi anak angkat JKM. Jeffri juga menceritakan bahawa Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapanya semasa dalam perjalanan balik daripada sembahyang terawih. Bapanya meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Datuk Mustakim takut untuk bertemu dengan Jeffri tetapi ada memberi wang perubatan ibunya sehinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan untuk mempertemukan Datuk Mustakim dengan Jeff tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan bahawa segala-galanya telah terlambat.

Bab 14: DALAM PEMBINAAN
.
Disediakan oleh,
Panitia BM
SMK Seri Mutiara, KL
.

20 comments:

  1. Asalamualaikum,
    Harap panitia BM SMKSM dapat mengeluarkan sinopsis yang seterusnya.
    Terima Kasih!

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya ingin berkongsi bahan dengan tuan/puan. Sila layari http://www.subrato403.blogspot.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tapi saya gile tabik laa .blog ni je ade sinopsis papa .saya dah penat cari mane2 blog tak jumpe pun.

    ReplyDelete
  6. Bab 14
    Hubungan Julia dengan Rasylan bertambah intim dan mesra. Nyatalah Julia menaruh hati kepada Rasylan. Setelah pulang ke rumah, Julia ditegur oleh papa kerana pulang lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa itu amat mengejutkan dan mengecewakan Julia. Julia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu. Petang itu, Julia bertanya kepada papa sebab-sebab papa tidak merestui hubungan Julia dengan Rasylan. Menurut papa, latarbelakang Rasylan tidak begitu jelas. Tambahan pula, ibu bapa angkat Rasylan tidak memperlihatkan ciri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia, Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja pandai dan bijak, malah, dia memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Namun begitu, sebagai seorang anak yang patuh, dia berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.

    Bab 15
    Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan Rasylan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Papa berasa amat gembira dengan keputusan Julia yang begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia mempelawa Rasylan untuk meraikan kejayaan itu bersama-sama. Di Starbucks Coffee, Julia terserempakdengan papa bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza bersama-sama dengan mesranya. Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang selesa. Sekembalinya ke rumah, Julia disambut papa dengan mesra. Papa sempat bertanyakan rancangan Julia selepas itu. Julia memberitahu papa bahawa dia ingin melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Bagi Julia, UIA menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong kepada pembentukan insan mulia.

    ReplyDelete
  7. Bab 16
    Permohonan Julia untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan. Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama. Julia melihat papa sedang berbual-bual dengan mama. Papa sedang memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk menyambung pelajarannya di matrikulasi UIA. Papa akan berasa kehilangan tanpa Julia di sisinya. Dia turut menyuarakan harapannya agar mama cepat sembuh. Papa menghantar Julia ke UIA untuk sesi pendaftaran. Julia ditempatkan di Asrama Khadijah. Rasylan turut diterima masuk ke universiti yang sama dan ditempatkan di Asrama Usman bin Affan. Selepas pendaftaran, Julia dan Rasylan bertemu. Rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan mesra Julia dengan papa. Dia sendiri tidak menikmati hubungan semesra itu bersama-sama ibu bapa angkatnya. Belakangan ini, hubungan mereka agak renggang. Mereka tidak menemani Rasylan pada hari pendaftaran kerana pergi ke Kuala Kangsar. Rasylan kecewa dengan sikap mereka. Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan pergi ke kedai buku MPH di Mid Valley. Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee untuk menikmati kopi dan muffin kegemaran Julia. Buat kali keduanya, Julia terserempak dengan papa dan Aisyah yang begitu mesra berbual-bual.

    Bab 17
    Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Aisyah begitu merunsingkan Julia. Dia ingin bertanya kepada papa mengenai hubungan mereka pada hari Sabtu nanti. Pada petang Sabtu, Julia pulang ke rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada papa dan dimaklumkan bahawa mama masih koma. Ketika berada dalam bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa dengan Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan papa memerlukan teman untuk berkongsi perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa sangkaannya tidak benar. Pada keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi UIA. Papa turut memberikan wang saku yang banyak kepada Julia memandangkan Julia tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Pada hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan tugasannya. Namun begitu, selepas memikirkan kalau-kalau papa membawa berita penting tentang mama. Setelah diberitahu bahawa keadaan mama masih sama, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah menyinggung perasaan papa dengan melemparkan soalan yang tidak patut ditanya. Julia sempat memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu. Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W yang terletak di Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia tentang Encik Muaz yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk menjalankan pemeriksaan DNA. Julia masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa memandangkan papa tidak merestui hubungan mereka. Ketika mereka tiba di pusat beli belah tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati papa sedang berbual-bual dengan Aisyah. Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan mereka berdua.Julia menyatakan kepada Rasylan bahawa dia ingin meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya disedari oleh papa.

    ReplyDelete
  8. Bab 18
    Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini menyatakan dia menyokong penuh keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika masuk ke rumah, papa yang sedang membaca majalah berkaitan poligami menyambut kedatangan Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan niat papa untuk berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup. Dia juga memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dengan Aisyah sebanyak tiga kali. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi seorang suami yang tidak setia kepada isterinya. Julia menganggap papa sebagai pengkhianat dan seorang suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar membuatkan papa marah sehingga bertindak menampar Julia. Julia berasa terkejut dan sedih kerana papa tidak pernah melayannya sedemikian. Pada keesokan harinya, Julia pulang ke kampus sendirian. Pelawaan papa untuk bersarapan bersama ditolak Julia. Ekspresi wajah papa jelas memperlihatkan kekesalannya.

    Bab 19
    Rasylan menasihati Julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa seperti insan yang lain, ingin mempunyai teman berkongsi pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap dengan pendiriannya kerana dia tidak sanggup berkongsi papa dengan perempuan lagi selain mamanya. Kemudian, Julia bertanya Rasylan sama ada dia telah menjalani pemeriksaan DNA. Rasylan memberitahu bahawa keputusan pemeriksaan itu adalah positif. Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya. Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan yang pada ketika itu sedang berbual-bual dengan Encik Muaz memberitahu Julia bahawa papanya sedang menunggu di luar kampus. Papa mempelawa Julia minum bersamanya kerana ingin membincangkan sesuatu dengan Julia. Di Coffee House, Hotel Paya Serai, papa menerangkan situasi yang sedang dihadapinya. Dia berasa sunyi sejak mama koma. Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan teman untuk berkongsi pengalaman hidup. Kesihatan papa juga kian merosot. Namun begitu, Julia mendakwa bahawa papalah punca mama jatuh sakit. Dakwaan Julia itu mengejutkan papa. Papa tetap bersabar dengan karenah Julia dan memberitahu Julia bahawa dia tetap bersabar sekian lama kerana terhutang budi kepada mama. Penjelasan papa benar-benar membimbangkan Julia. Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia merestui keinginan papanya berkahwin lagi.

    ReplyDelete
  9. Bab 20
    Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya. Emosi Rasylan itu telah membuatkan Julia terfikir akan keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin lagi. Namun dia khuatir kasih sayang papa terhadapnya akan berkurangan. Julia benar-benar berharap mama cepat sembuh supaya keluarga tersebut kembali bahagia. Hari itu, Julia terpaksa akur dengan pelawaan papa untuk minum di luar. Papa hendak memperkenalkan kak Aisyah kepada Julia. Papa meminta agar memanggil Kak Aisyah “mak cik” . Julia sudah lama berkenalan dengan Aisyah dan pertemuan itu sebenarnya bukan pertemuan yang pertama. Pada hujung minggu itu, papa meminta agar Julia hadir ke upacara pernikahannya. Namun begitu, Julia enggan dan memberi alasan bahawa dia ingin menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia menangis, papa bertindak mahu membatalkan upacara pernikahan itu namun dihalang Julia.

    Bab 21
    Julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar ke hospital. Ketika terlantar di hospital, Julia bermimpi didatangi seorang lelaki bernama Jeffri yang mirip papa. Jeffri memujuk Julia supaya merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi kerana itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa. Walau bagaimanapun, Julia tetap berat hati untuk menerimanya. Ketika Julia sedar, papa dan Mak Cik Aisyah sedang memandangnya sambil melemparan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik ubat ke dalam badan Julia. Selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.

    ReplyDelete
  10. Bab 22
    Tiga hari, Julia terlantar di hospital. Pada hari yang ketiga, Julia didatangi Doktor Razif. Beliau cuba bertanyakan sebab-sebab Julia jatuh sakit. Beliau merasakan bahawa Julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga menjejaskan kesihatannya. Julia enggan memberiathu masalahnya. Doktor menasihati Julia agar tabah menghadapi dugaan hidup. Papa dan Mak Cik Aisyah menjemput Julia pulang. Mak Cik Aisyah meminta Julia agar mengemaskan rambutnya. Julia yang pada mulanya tidak mengendahkan arahan Mak Cik Aisyah akhirnya akur. Dia mengemaskan rambutnya dan mengenakan gincu pada bibirnya. Cuti pertengahan semester telah tamat dan Julia akan pulang ke kampus. Sebelum dia melangkah turun dari kereta, Julia bertanya kepada papa tentang bilakan mama akan sedar daripada koma.
    Julia akan menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menentukan sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus induk UIA di Gombak atau tidak. Dia dan Rasylan berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu. Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar, mereka diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan minda. Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley. Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumahnya. Dia yakin bahawa dia akan memperoleh keputusan yang baik. Semasa duduk di ruang tamu, Julia bertanya kepada papa tentang perancangan bulan madu mereka. Papa tidak mengendahkan pertanyaan Julia dan bertanya tentang peperiksaan yang diduduki Julia. Julia memberitahu bahawa keputusannya akan diumumkan dua minggu sebelum akhir tahun. Ketika Julia melepasi bilik bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara papa dengan ibu tirinya. Papa menegur perbuatan Mak Cik Aisyah yang memasuki bilik mama kerana baginya mama merupakan orang paling penting dalam hidupnya. Daripada perbualan mereka, Julia dapat tahu bahawa Mak Cik Aisyah mengandung. Perbuatan Julia mencuri dengar perbualan papa dan ibu tirinya ditegur Mak Cik Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan perbualan papa dengan Mak Cik Aisyah kepada Mak Cik Noraini. Julia menyatakan bahawa terdapat kemungkinan Mak Cik Aisyah ingin meracuni mamanya. Mak Cik Noraini berasa amat sedih apabila mendengar dakwaan Julia itu. Julia meminta maaf kerana terlanjur kata. Dia juga menyatakan keikhlasannya untuk menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu tiri. Mak Cik Aisyah berterima kasih atas kesudian Julia untuk menerimanya dan berjanji akan menjaga papa dan Julia dengan baik.

    ReplyDelete
  11. Bab 23
    Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim. Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua di dalam kampus, kemunculan Rasylan menarik perhatian sesetengah warga kampus. Kadang kala, Julia berasa kurang selesa dipandang orang begitu sahaja. Dia menyuarakan ketidakselesaannya buat pengetahuan Rasylan. Namun di luar dugaannya, perkara itu menimbulkan rungutan dan perasaan cemburu dalam diri Rasylan. Rasylan pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi seorang senior yang kacak. Julia pula mengungkit kenyataan bahawa Rasylan sentiasa didampingi pelajar-pelajar perempuan, tidak kira senior atau junior. Namun, dia tidak pernah memarahi Rasylan tentang itu. Pertengkaran mereka terhenti apabila pelajar perempuan senior memberi salam kepada mereka. Rasylan menjawab salam mereka dengan cepat. Bagi Julia, tiada guna untuk dia cemburu kerana baginya, Rasylan mempunyai kebebasan untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun. Dalam perjalanan pulang, Julia bertanya kepada Rasylan sama ada Datuk Mustakim mengetahui tawaran Encik Muaz. Oleh sebab Rasylan tidak mengendahkan pertanyaannya, dia bertanya pula sama ada Rasylan menerima tawaran Encik Muaz. Menurut Rasylan, dia tidak menerimanya kerana baginya, Encik Muaz seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia kecewa Encik Muaz dan ibunya sanggup meninggalkan Rasylan begitu sahaja. Sebaliknya, dia cukup berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana mengambilnya sebagai anak angkat. Nasihat Julia supaya Rasylan menerima Encik Muaz tidak diendahkan oleh Rasylan. Julia menyatakan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan walau apa keputusan yang Rasylan pilih. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh Julia itu masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Namun, Julia tetap menegaskan bahawa dia akan berpegang teguh pada janjinya.

    Bab 24
    Apabila Julia sampai di rumah , suasana rumahnya kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah telah pergi ke rumah Mak Cik Aisyah di Singapura. Julia berasa gembira menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama lagi. Papa kini semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan. Semasa duduk-duduk di ruang tamu, Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia. Julia menceritakan masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Julia bertanyakan sama ada ibu tirinya pernah menghadapi masalah seperti itu. Mak Cik Aisyah menyatakan bahawa papalah orang yang dicintainya di universiti. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar menghadapi karenah teman lelakinya kerana perasaan cemburu merupakan perkara biasa dalam hubungan. Perbualan mereka terhenti apabila papa memberitahu bahawa Rasylan menelefon Julia. Julia yang pada mulanya enggan menjawab panggilan tersebut dinasihati papa supaya menyelesaikan masalah antara mereka secepat mungkin. Rasylan mengajak Julia keluar tetapi Julia menolak. Selesai sembahyang maghrib, Julia dan papa ke bilik mama. Tanpa disangka, mama membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya dan mulutnya kelihatan terkumat- kamit seolah-olah cuba mengucapkan sesuatu. Papa dan Julia berasa gembira dengan perkembangan mama. Namun, kemunculan Aisyah menghairankan mama. Papa memperkenalkan Aisyah kepada mama dan menerangkan bahawa dia merupakan isteri keduanya. Mama sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dalam tangisannya, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Papa tidak dapat menahan air matanya atas pemergian mama. Bagi Julia, papa betul-betul telah tewas akibat kehilangan isteri kesayangan.

    Salam, harap dapat membantu....harap dapat juga dikemaskinikan bab-bab yang dikirim...mungkin ada yang terlepas pandang atau tokok tambah. Tk.

    ReplyDelete
  12. yeay ! senang sikit nakk siapkan homework Pn. Syarifah Zawiah bg nieyh .. thanks :)

    ReplyDelete
  13. time kasih!sng nk wt hw..xyah nk penink2 tlis ayt pnjg2..wlaupon de ayt2 yg kt ats ni pngjng...

    ReplyDelete
  14. tank u very much sir n mdm itz very helpful tank u!?

    ReplyDelete
  15. thankss . homework dapat disiapkn dengan mudah bile rujuk blog nii . :)

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. thanks !!.. snang nk buat mind_maping :)

    ReplyDelete