[Laman Utama]..[Koleksi Soalan BM]..[Bahan P&P BM]..[Link Akhbar Harian]..[Bank Soalan PMR]..[Bank Soalan SPM]

12 November 2009

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL BUKIT KEPONG



A. Tema:
..........Novel Bukit Kepong memaparkan tema keberanian dan semangat juang anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Dalam hal ini, 18 orang anggota polis dan penduduk Kampung Bukit Kepong mempertahankan Pondok Polis Bukit Kepong daripada serangan komunis yang seramai 180 orang. Walaupun jumlah jumlah mereka hanya 18 orang, namun keberanian dan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan negara menyebabkan mereka tidak mahu menyerah walaupun mempertaruhkan nyawa mereka.

B. Persoalan:
1. Persoalan-persoalan yang dikemukakan ialah semangat kerjasama antara anggota polis dengan penduduk mukim Bukit Kepong. Penduduk kampung yang diketuai oleh Penghulu Ali sanggup bekerjasama menjaga keselamatan dengan menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang.

2. Persoalan kedua yang ditimbulkan dalam novel ini ialah kekejaman pihak komunis. Pengganas komunis melakukan pelbagai kekejaman seperti mengugut, merampas harta benda penduduk kampung serta membunuh penduduk yang tidak mahu memberi kerjasama supaya dapat menakutkan rakyat agar menyokong perjuangan mereka untuk memerintah negara ini.

3. Persoalan ketiga pula ialah tanggungjawab dan ketaatan menjalankan tugas. Othman Yusof sedia ditempatkan di Rumah Pasung Bukit Kepong yang kekurangan anggota keselamatan. Dia juga sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung dan keluarga demi tugas dan tanggungjawabnya kepada negara.

4. Persoalan yang terakhir ialah jasa yang tidak dihargai. Othman Yusuf yang banyak memberikan sumbangan terhadap keamanan negara seakan -akan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu. Othman sukar mendapat bantuan kaki palsu daripada pihak berwajib walaupun dia banyak berkorban untuk negara malah hidup sebagai penoreh getah yang serba daif setelah kakinya dipotong.
.

No comments:

Post a Comment