A.Watak dan Perwatakan watak utama.
Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan cerita sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.
..........Watak utama dalam novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof. Dia merupakan anak sulung Mak Piah dan Pak Yusof. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Keladi, Kulim Kedah. Dia bersekolah hingga Darjah Tiga sebelum menjadi polis. Dia berkahwin dengan Limah yang ketika itu berusia 18 tahun. Perwatakan Othman digambarkan sebagi seorang yang cekal dan tabah. Othman menghadiri temuduga polis secara senyap-senyap supaya tidak diketahui oleh ibunya. Selain itu,Othman seorang yang penyayang. Othman menyayangi isterinya Limah dan sanggup berulang alik untuk melawatnya ketika Limah dirawat di hospital. Dia juga seorang yang berpendirian tegas dan berani. Othman berani berhadapan dengan musuh dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.Disamping itu, Othman merupakan seorang yang berdisiplin. Hal ini dapat dibuktikan apabila Othman dapat menyesuaikan diri dengan peraturan dan disiplin pasukan polis walaupun hanya sebulan menjalani latihan.
B. Watak Sampingan.
Watak sampingan dalam novel Bukit Kepong ialah Limah. Limah merupakan isteri Othman. Limah merupakan anak kepada Lebai Karim dan Mak Jah. Dia berpindah ke Pagoh kerana mengikut suaminya bertugas. Perwatakan Limah dalam novel ini ialah dia seorang penyabar. Dia juga kuat agama dan hal ini dapat dilihat apabila dia mengajar anak-anak polis belajar mengaji. Limah bersabar apabila ditinggalkan suami kerana dipanggil untuk bertugas dengan segera. Selain itu, Limah juga seorang isteri yang patuh kepada suaminya. Dia sanggup bersama-sama suami dalam susah dan senang. Dia juga terlalu mengikut emosi. Limah mengalami sakit jiwa kerana menyangka suaminya telah terkorban.
C. Jenis-jenis watak
Watak utama dan watak sampingan merupakan dua kategori watak yang penting untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kategori watak -watak berikut dengan contoh yang sesuai.
D. Watak Protagonis
- Merupakan watak utama dalam sesebuah cerita.
- Tidak semestinya hero.
- Sentiasa berdepan dengan konflik khususnya dalam merealisasikan impiannya.
Contohnya : Othman Yusof
Huraiannya: Beliau berdepan dengan pelbagai konflik dalam merealisasikan impiannya.Beliau terpaksa berdepan dengan tentangan penganas komunis untuk mewujudkan keamanan negara.
E. Watak Antagonis
- Penentang kepada cita-cita dan perjuangan protagonis.
- Memiliki nilai-nilai berlawanan dengan pembawaan watak utama.
Contoh watak : Madera, Kandar, Pengganas dan komunis yang lain
Huraiannya : Mereka sentiasa menentang kesungguhan watak utama yang ingin memelihara keamanan negara.
F. Watak Dinamik
- Mengalami perubahan sikap dan perlakuannya, sama ada daripada positif kepada negatif atau sebaliknya.
Contoh watak: Othman Yusof
Huraiannya: Perubahan dari segi kerjaya , beliau telah berubah daripada seorang penoreh getah kepada seorang anggota polis.
G. Watak Statik
Watak yang tidak memperlihatkan sebarang perubahan, sama ada daripada segi aksi mahupun psikologinya.
Contoh watak: Madera, Kandar, Pengganas komunis yang lain
Huraiannya: Mereka kekal sebagai watak penjahat iaitu pengganas komunis.
H. Contoh Watak dan Perwatakan
1. Othman Yusof
Berasal dari Kulim, Kedah
Anak kepada Pak Yusof dan Mak Piah serta tunang kepada Limah
Bertubuh gempal, tingginya sederhana, dan berkulit cerah
Bekerja sebagai penoreh getah sebelum berkhidmat sebagai seorang polis
Seorang yang berdikari kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun daripada anak kandungnya sendiri. Dia meneruskan hidupnya bersendirian sehingga akhir hayat.
Sedia berkorban nyawa demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Dia pasrah walaupun sebelah kakinya kudung kerana terkena tembakan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong
Memiliki semangat juang dan keberanian yang tinggi. Beliau bersama anggota polis serta warga Bukit Kepong telah menafikan kemenangan mutlak pengganas komunis kerana banyak juga pengganas yang terkorban dan cedera.
Seorang yang bertanggungjawab. Hal Ini dapat dilihat apabila kesedarannya untuk menganggotai pasukan polis demi menjaga keharmonian negara. Malah beliau bersedia untuk ditukarkan ke Bukit Kepong
Othman juga seorang yang penyayang. Semasa berada di Bukit Kepong, beliau sering mengutus surat kepada isterinya, Limah yang berada di kampung. Beliau juga amat mengambil berat tentang keadaan Limah ketika Limah sedang mengandung.
2. Limah
Limah merupakan anak kepada Mak Jah dan Lebai Karim.
Dia isteri Othman Yusof dan memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya.
Dia taat kepada suami. Contohnya, dia sanggup mengikut suaminya bertugas di Pagoh, Johor dan meminta izin suaminya sebelum keluar dari rumah.
Pandai mengaji. Buktinya, dia mengajar anak-anak polis di berek itu mengaji ketika tinggal di Pagoh.
Dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjadi sasau dan menangis tidak henti-henti setelah mengetahui tentang berita kematian suaminya.
3. Penghulu Ali Mustapha
Wakil penduduk di Mukim Bukit Kepong.
Pemimpin yang dihormati di mukimnya dan juga oleh kakitangan pejabat kerajaan di Muar.
Seorang yang berani. Beliau mencabar pengganas komunis yang mahu mengembangkan ideologi komunisme di Bukit Kepong.
Memiliki sifat yang tegas. Beliau mengarahkan anak buahnya menurunkan semula bendera komunis yang berkibar megah dan menggantikannya dengan bendera Johor. Beliau tidak mahu pengganas komunis bertapak dan bermaharajalela di bumi Johor.
Pintar dan bijak mengatur strategi. Beliau meminta pelbagai bantuan semata-mata untuk mempertahankan kubu kuat Bukit Kepong.
4. Sarjan Jamil Mohd Shah
Merupakan seorang anggota polis yang taat. Dia tetap pergi ke Bukit Kepong apabila menerima arahan walaupun ketika itu isterinya baru saja melahirkan anak bongsunya.
Dia juga seorang yang penyayang. Buktinya, sebelum memulakan tugas di Bukit Kepong dia telah bermesra dan bergambar dengan anak-anaknya dan isterinya.
Seorang yang cekal. Buktinya, dia tabah menghadapi pelbagai masalah atau cabaran ketika bertugas di Rumah Pasung Bukit Kepong yang serba kekurangan.
Dia mempunyai sikap yang berani. Buktinya, dia memimpin sepasukan 18 orang anggota polis bertempur dengan 200 orang pengganas komunis.
Seorang yang peramah dan mudah bergaul. Buktinya, dia pergi menghadiri kenduri yang diadakan oleh Penghulu Ali.
.
No comments:
Post a Comment