[Laman Utama]..[Koleksi Soalan BM]..[Bahan P&P BM]..[Link Akhbar Harian]..[Bank Soalan PMR]..[Bank Soalan SPM]

12 November 2009

BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL BUKIT KEPONG

NOTA 1:

A. Binaan Plot/ Peringkat Plot.
.
..........Plot novel Bukit Kepong dibina secara kronologi, iaitu susunan peristiwanya mengikuti urutan masa. Pada permulaan cerita, watak utama dan watak-watak sampingan diperkenalkan. Othman memulakan kehidupannya sebagai seorang anggota polis.
.
..........Pada peringkat perkembangan cerita, kisah Othman Yusof dan anggota -anggota polis yang tamat latihan dihantar bertugas dibeberapa tempat.
.
..........Peringkat seterusnya ialah peringkat konflik. Konflik berlaku apabila Othman dihantar bertugas di Bukit Kepong kerana sering diancam oleh pengganas komunis.
.
..........Cerita mencapai klimaks apabila berlakunya peristiwa serangan pengganas terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong. 18 orang anggota polis mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepon g daripada serangan 180 orang pengganas komunis.
.
..........Plot menurun ke tahap peleraian apabila Othman dirawat di hospital sebelum dibenarkan pulang ke kampungnya. Kakinya yang cedera terpaksa dipotong. Dia meletakkan jawatan daripada pasukan polis dan menjadi penoreh.Isterinya Limah dihantar ke Hospital Bahagia.
.
.
B. Teknik Plot
..........Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan pengarang dalam novel Bukit Kepong ini. Teknik saspens dalam novel ini apabila bas yang dinaiki oleh Limah ditahan oleh segerombolan komunis. Pembaca tertanya -tanya akan hal yang berlaku kepada Limah dan penumpang yang lain. Pengarang juga menggunakan teknik kejutan apabila Limah seorang wanita yang lemah lembut dan pandai mengaji itu mengalami sakit jiwa apabila menerima berita yang menyatakan bahawa suaminya, Othman Yusof terkorban.
.
..........Pengarang juga menerapkan teknik monolog dalam novelnya. AP Redzuan Alias misalnya, telah bermonolog untuk menenangkan hatinya apabila mendengar bunyi yang mencurigakan semasa berkawal. Selain itu, teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang. Othman bercakap sendirian ketika melihat beberapa bilah buluh yang dicacakkan ke tanah sewaktu dia memeriksa kawasan kebun getah.
.

NOTA 2:

A. Binaan Plot
1. Permulaan
Dimulakan dengan gambaran suasana majlis memperingati jasa anggota polis dan warga Bukit Kepong yang terlibat dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong semasa zaman darurat di Tanah Melayu.

2. Perkembangan
Diteruskan dengan gambaran awal kesengsaraan hidup penduduk di Tanah Melayu pada zaman darurat. Di sini, pengarang turut memaparkan tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas komunis, antaranya termasuklah pekan kecil Kulim di Kedah. Pengarang mengembangkan ceritanya dengan memasukkan watak utama dalam cerita ini, Othman Yusof. Cerita terus berkembang dengan memaparkan Othman yang memohon untuk menjadi anggota polis walaupun mendapat bantahan ibunya. Kemudian diteruskan dengan majlis pertunangan antara Othman dan Limah dan meneruskan kehidupannya sebagai pelatih polis dan selepas habis berkursus sebagai polis. Kemudian Othman dan isterinya berhijrah ke Pagoh, Johor.

3. Perumitan
Dimulakan dengan konflik keganasan komunis yang merampas wang, barang kemas, dan barang-barang dari penumpang yang sedang dalam perjalanan pulang ke Pagoh. Mereka meminta semua penumpang berbogel lalu membakar bas tersebut.

4. Klimaks
Berlaku ketika pertempuran antara 18 anggota polis dan sebahagian warga Bukit Kepong dengan pengganas komunis yang menyerang kompleks polis di Mukim Bukit Kepong.

5. Peleraian
Pihak polis dan warga Bukit Kepong mengalami kekalahan. Kompleks polis di Bukit Kepong musnah dan banyak anggota polis yang terkorban. Kekalahan itu dianggap sebagai kekalahan dalam kemenangan kerana pengganas komunis terpaksa berhempas-pulas untuk mengalahkan mereka. Malah, terdapat juga pengganas komunis yang cedera dan terkorban. Cerita ini diakhiri dengan kisah kesengsaraan Othman Yusof yang hidup melarat kerana mengalami kecacatan di kaki kirinya sebagai akibat terkena akan tembakan sewaktu menentang pengganas komunis di kampung Bukit Kepong.


B. Teknik Plot
1. Unsur saspens
Unsur ini boleh diperhatikan ketika pertempuran di antara 18 anggota polis berserta warga Bukit Kepong dengan pengganas komunis. Peristiwa ini banyak mengundang kematian dan kecederaan di pihak anggota polis serta warga Bukit Kepong. Bahagian ini dikatakan mengandungi unsur saspens kerana pembaca solah-olah tidak sabar untuk mengetahui pasukan yang menang dalam pertempuran itu dan bagaimanakah nasib pejuang-pejuang yang terlibat dalam pertarungan itu.

2. Teknik pemerian
Pengarang menggunakan penceritaan untuk menyatakan peristiwa yang berlaku. Contohnya pengarang menceritakan kehidupan Othman semasa di kampung yang bekerja menoreh getah sebelum menjadi polis dengan cara pemerian.

3. Teknik dialog
Pengarang menggunakan dialog bagi menyatakan sesuatu perkara dalam novelnya. Sebagai contohnya dialog di antara dua orang Cina yang memberitahu bahawa anak saudaranya jatuh ke dalam kolam kepada Sarjan Jamil dan meminta Sarjan Jamil datang menyiasatnya pada malam itu juga.

4. Teknik monolog
Pengarang menggunakan cara watak bercakap seorang diri. Contohnya, Othman bercakap seorang diri (bermonolog)apabila menemui buluh yang dicacakkan di atas tanah ketika membuat rondaan.

5. Teknik-teknik lain
Sila lihat nota 1 di atas.
.

No comments:

Post a Comment