NOTA 1: (Sila Rujuk Nota 2 di bawah untuk jawapan lebih tepat)
A. Latar Tempat
Kampung Keladi, Kulim - Iaitu tempat kelahiran Othman.
Pagoh - Tempat Othman mula-mula berkhidmat.
Rumah Pasung Sungai Petani - Tempat ketika Othman menjalani temu duga dan akhirnya berjaya terpilih untuk mengikuti latihan kepolisian.
Sungai Muar - Alat perhubungan utama penduduk mukim tersebut.
B. Latar Masyarakat
Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi.
Mereka sanggup berjuang menentang pengganas komunis walaupun sedar akan bahaya yang akan menimpa mereka.
Masyarakat yang bekerjasama.
Pasukan pengawal kampung dan penduduk kampung bekerjasama memadamkan api , merawat mangsa yang cedera, mencari mangsa yang terbakar, di samping menyediakan makanan serta minuman.
Masyarakat yang terpengaruh dengan perjuangan komunis.
Kebanyakan anak muda Cina terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia.
C. Latar Masa
Masa yang melatari novek ini ialah sekitar tahun 1948, iaitu pada zaman darurat.
Sepanjang Othman menjalani kursus polis.
Ketika bas yang dinaiki oleh Limah dari Pagoh di rompak oleh pengganas komunis.
Sewaktu peristiwa tragis berdarah berlaku di Balai Polis Bukit Kepong.
NOTA 2: (Jawapan di bawah lebih tepat)
A. Latar Tempat:
1. Kampung Keladi, Kulim : Tempat Othman Yusof dilahirkan dan dibesarkan.
2. Rumah Pasung Sungai Petani : Othman dan rakan-rakannya menghadiri temu duga pemilihan anggota polis.
3. Pusat Latihan Polis: Othman menjalani latihan menjadi seorang polis
4. Rumah Pasung Bukit Kepong: Peristiwa serangan komunis terhadap anggota pasukan polis dan membunuh sebahagian besar anggota polis yang bertugas.
5. Hospital Kulim: Othman Yusof melawat isterinya Limah yang dirawat kerana mengalami sakit mental.
6. Rumah pasung Kota Sarang Semut: Othman Yusof diarah melakukan tugas -tugas ringan kerana kecederaannya yang belum pulih.
B. LATAR MASA
1. Dari Jun 1948 hingga pertengahan tahun 1950: Masa darurat, iaitu tempoh pengganas komunis cuba merampas kuasa.
2. 23 Februari 1950: Peristiwa serangan ke Rumah Pasung Bukit Kepong oleh MASA pengganas komunis.
3. 24 Februari 1950: Dato’ Onn Jaafar, Menteri besar Johor melawat ke kawasan kejadian dan melawat pusara mereka yang gugur dalam pertempuran.
4. Waktu subuh : Rumah pasung Bukit Kepong musnah dibakar oleh komunis.
5. Malam Tahun Baru Cina: Ramai orang Cina yang bukan berasal dari tempat itu berkumpul di Kawasan Bukit Kepong.
6. Waktu Petang: Bas yang dinaiki oleh Limah dan penduduk kampung ditahan dan dibakar oleh komunis.
C. LATAR MASYARAKAT/ BUDAYA:
1. Masyarakat kampung yang hidup serba sederhana: Keluarga Othman Yusof hidup dalam keadaan serba sederhana di Kampung Keladi dan menjadikan kerja menoreh getah sebagai sumber pendapatan.
2. Masyarakat pasukan polis yang berjuang demi keamanan negara: Rumah Pasung Bukit Kepong menempatkan beberapa keluarga anggota polis yang terpaksa berhadapan dengan ancaman pihak komunis yang berterusan.
3. Masyarakat pengganas yang terdiri sebahagian besar daripada orang Cina dan segelintir orang Melayu.
4. Pihak pengganas: menjadikan orang Melayu sebagai tali barut dalam melaksanakan perjuangan untuk merampas kedaulatan tanah air daripada pihak berkuasa.
5. Masyarakat kampung yang menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis: Rakyat diugut untuk menyokong perjuangan komunis. Penganas merampas harta benda dan menghasut pekerja -pekerja ladang dan lombong supaya mogok.
6. Masyarakat petani : Bekerja di ladang getah dan sering diugut komunis supaya menjadi tali barut atau menyediakan bekalan makanan dan ubat.
.
.
No comments:
Post a Comment