[Laman Utama]..[Koleksi Soalan BM]..[Bahan P&P BM]..[Link Akhbar Harian]..[Bank Soalan PMR]..[Bank Soalan SPM]

12 November 2009

GAYA BAHASA NOVEL BUKIT KEPONG

NOTA 1: (Sila rujuk nota 1 di bawah sebagai isi tambahan)

1. Personafikasi
 Dia tidak jadi membunuh musuhnya yang sudah rebah mencium bumi itu.
 Matahari sudah mahu membenamkan dirinya di ufuk barat.

2. Metafora
 Ekor matanya. Ekor dan mata ialah suatu perbandingan yang tidak sama sifatnya.

3. Peribahasa
 Bendera Merah bersimbolkan tukul dan sabit di tiang bendera.
 Dia terbujur berhampiran dengan Muhamad Jaafar yang masih nyawa-nyawa ikan setelah mengalami cedera parah semenjak awal pertempuran tadi.

4. Hiperbola
 Mereka cua memerhatikan kedua-duanya terbujur di atas tanah bermandikan darah.
 Masing-masing terpaku melihat marak api yang menjulang.


NOTA 2: (Sila baca sebagai tambahan isi bagi NOTA 1 di atas)

1. Pemilihan diksi yang sesuai dengan latar cerita yang melibatkan peperangan antara anggota polis dengan komunis: contohnya rumah pasung, berek kelamin, karbain, stengan , kubu, magazine, bom, peluru

2. Penggunaan Bahasa Asing: contohnya seperti:
-Bahasa Inggeris ( sebab Inggeris menjajah Tanah Melayu ) ; Good morning, sir, cover, combat, wickom, holster, hammock, bugle, bush jacket, jungle squad, sur render.
-Bahasa Arab ( sebab kebanyakan masyarakat berbangsa Melayu yang beragama Islam); Allah, Allahuakbar, Fatihah.
-Bahasa pasar ( sebab penganas komunis berbangsa Cina kurang fasih berbahasa Melayu) ; lu orang, kasi tolong, gua, aya.

3. Unsur simile: contoh "bunyi awal bersahut-sahutan seperti bertih goreng"

4. Penggunaan peribahasa: contoh, nyawa-nyawa ikan, buah mulut, anak buah

5. Unsur hiperbola: contoh, darah memancut dengan banyaknya membasahi badannya ( untuk menggambarkan kedahsyatan suasana perang )

6. Unsur personifikasi: contohnya, "api marak menjilat minyak tanah tadi", "matahari sudah membenamkan dirinya di ufuk barat....."

No comments:

Post a Comment